Kebanyakkan pesakit-pesakit di negara barat, mereka tahu ubat apa yang diprescribekan (diberikan) oleh doktor mereka. Nk tahu kenapa mereka mahir dgn ubat-ubat ini sedangkan mereka bukan doktor. Ini sebabnya:
1) Nama ubat direka oleh orang barat. Factor ini memang sume orang tau. Mak saya pon penah cakap kat saya macam ni "Ala..dah sume name ubat tu bahasa inggeris mmg la org putih tu senang ingat". Tapi saya nk bagi tau sume, tak sume pesakit orang putih ni tau ape ubat derang makan. Yang menyebabkan derang tau ape ubat die gune adalah kerana faktor kedua ni....
2) Mereka ada senarai ubat. Tulis nama senarai ubat dlm buku kecik macam buku 555 atau sekarang ni dlm Iphone atau BB. Kalu sume orang kat mesia wat camni, kompem senang doktor nk rawat anda sebab doktor tau ape ubat anda amik. Ubat yg anda makan ni kekadang akan kasi kesan sampingan. Sakit yang anda alami kadang2 berpunca dari ubat tu sendiri. Jadi mmg sangat penting anda senarai nama2 ubat ni. Jangan nk harapkan nurse atau doktor buat sume ni utk anda sebab anda lah yang empunya diri yg sakit ni.
Lagi satu, keluarga sgt memainkan peranan penting utk menjaga kesihatan orang2 yang dah tua dan kurang upaya. Sebab mereka golongan yang lemah dan kompem tak ingat. So anak-anak sila lah tau ape yang ibuayah anda punya ubat. Tulis molek2 dlm buku.
Kalu boleh adakan salinan dan simpan dlm kereta, dompet, beg tangan supaya nnt jika ada berlaku kecemasan dimana tiba-tiba kene terus pegi hospital, adalah back-up senarai ubat ni.
Jika anda masih muda dan hanya mengambil 1-2 ubat saya rasa itu tiada masalah utk mengingatinya.
Selain dari nama ubat, anda juga kene mahir dgn dose. Tau tak ape dose? Dose ini jumlah miligram atau microgram ubat yang anda ambil. selain dose anda kene tau berapa kali anda mengambil ubat ini dalam sehari. Contohnya sekali ke, dua kali sehari ke, tiga kali ke dah sebagainya.
Dan jika anda dah tau sume diatas, satu lagi anda kene tau macam mana anda amik ubat ni. Anda makan pill, atau amik ubat injection.
Saya bagi contoh macam mana nk tulis senarai ubat dlm list anda nanti tak kira la dalam buku 555 atau Iphone. Macam ni ye....contoh ubat saya ambil ialah Panadol, Aspirin dan insulin
Senarai ubat (22/7/11):
Panadol 1 gram (2 biji) 4 kali sehari makan
Aspirin 75 gram (1 biji) sekali sahari makan
Insulin 24 units tiga kali sehari injection
Nampak tak saya ada tulis tarikh sekali..haaa..penting sekali untuk update pill2/ubat2 yang anda ambil tau....cancel mana ubat2 yang doktor dah cancel dan tulis ubat baru yang doktor kasi...mudah saja....
Ok harap ini membantu anda untuk menjadi pesakit yang cerdik dan prihatin terhadap kesihatan anda sendiri....chiow...saya nk tido ni...esok oncall...sedey =(
No comments:
Post a Comment