Dalam intro blog Memula saya karang, saya mentioned nak kongsi pasal research2 terkinikan? InsyaAllah saya Akan buat tp mengambil masa sedikit Utk saya study bahan2 ilmiah yang berkenaan.
Di samping itu jg saya nak kongsi bende2 common yang orang patut tau tentang kesihatan mereka. InsyaAllah saya karang dgn bahasa Tak formal ok Tak?
Nampaknya oncall Tak busy lagi setakat ni. Dah admit satu patient baru tadi. Ade sorang lagi pesakit Tgh tunggu saya Kat emergency department. GTG
P/S: maaflah Kalu banyak medical terms yang saya gune yang anda xpaham. Tapi anda boleh tanye je Kalu x paham. Saya explain nanti.
Saturday, 23 July 2011
Oncall
Saya oncall ari ini - Sabtu 23/7/11. Sungguh tak best, tak syok. Sebab apa? Sebab kalu oncall time weekend saya rase keje sangat panjang (from 10 am to 2 pm the next day = 28 hours) dan semestinya lepas waktu oncall saya tido satu hari melainkan oncall tu tak busy saya boleh tido nyenyak. Time Oncall weekend cume ada 2 junior doktor untuk satu hospital, 1 registrar atau pakar untuk satu hospital jg. Consultant oncall dari rumah sahaja goyang kaki makan best tido nyenyak.....hihi....sebab tu I dont like it very much.
Oncall time weekdays syok skit. Oncall time from 5 pm till 9 am the next day. From 9 am the next to kene wat keje team sampai kul 1pm je. Pastu boleh chiow balik umah tido. Kalu oncall tak busy, dapat tido nyenyak, saya akan ke town the next daynye tu....hihi.....
Arrghhh....dah kul 9 am ni. Masih atas katil sibuk mengarang blog ni. Ok keje tu keje la jg kan. Dah name doktor kalu tak keje kat hospital macam mana nk timba pengalaman. Nak buat oncology plk tu...hihi....
Mari mandi dan bersiap utk kerja!!! Berkerjalah dengan niat yang ikhlas....amin....
p/s: next time sy nk share tips masak apa utk bawak ke oncall ni.....saya mmg doktor yang bawak makanan sendiri masa oncall.....lazat sekali tu...=)

Friday, 22 July 2011
Nak tau tak? Pasal ubat
Kebanyakkan pesakit-pesakit di negara barat, mereka tahu ubat apa yang diprescribekan (diberikan) oleh doktor mereka. Nk tahu kenapa mereka mahir dgn ubat-ubat ini sedangkan mereka bukan doktor. Ini sebabnya:
1) Nama ubat direka oleh orang barat. Factor ini memang sume orang tau. Mak saya pon penah cakap kat saya macam ni "Ala..dah sume name ubat tu bahasa inggeris mmg la org putih tu senang ingat". Tapi saya nk bagi tau sume, tak sume pesakit orang putih ni tau ape ubat derang makan. Yang menyebabkan derang tau ape ubat die gune adalah kerana faktor kedua ni....
2) Mereka ada senarai ubat. Tulis nama senarai ubat dlm buku kecik macam buku 555 atau sekarang ni dlm Iphone atau BB. Kalu sume orang kat mesia wat camni, kompem senang doktor nk rawat anda sebab doktor tau ape ubat anda amik. Ubat yg anda makan ni kekadang akan kasi kesan sampingan. Sakit yang anda alami kadang2 berpunca dari ubat tu sendiri. Jadi mmg sangat penting anda senarai nama2 ubat ni. Jangan nk harapkan nurse atau doktor buat sume ni utk anda sebab anda lah yang empunya diri yg sakit ni.
Lagi satu, keluarga sgt memainkan peranan penting utk menjaga kesihatan orang2 yang dah tua dan kurang upaya. Sebab mereka golongan yang lemah dan kompem tak ingat. So anak-anak sila lah tau ape yang ibuayah anda punya ubat. Tulis molek2 dlm buku.
Kalu boleh adakan salinan dan simpan dlm kereta, dompet, beg tangan supaya nnt jika ada berlaku kecemasan dimana tiba-tiba kene terus pegi hospital, adalah back-up senarai ubat ni.
Jika anda masih muda dan hanya mengambil 1-2 ubat saya rasa itu tiada masalah utk mengingatinya.
Selain dari nama ubat, anda juga kene mahir dgn dose. Tau tak ape dose? Dose ini jumlah miligram atau microgram ubat yang anda ambil. selain dose anda kene tau berapa kali anda mengambil ubat ini dalam sehari. Contohnya sekali ke, dua kali sehari ke, tiga kali ke dah sebagainya.
Dan jika anda dah tau sume diatas, satu lagi anda kene tau macam mana anda amik ubat ni. Anda makan pill, atau amik ubat injection.
Saya bagi contoh macam mana nk tulis senarai ubat dlm list anda nanti tak kira la dalam buku 555 atau Iphone. Macam ni ye....contoh ubat saya ambil ialah Panadol, Aspirin dan insulin
Senarai ubat (22/7/11):
Panadol 1 gram (2 biji) 4 kali sehari makan
Aspirin 75 gram (1 biji) sekali sahari makan
Insulin 24 units tiga kali sehari injection
Nampak tak saya ada tulis tarikh sekali..haaa..penting sekali untuk update pill2/ubat2 yang anda ambil tau....cancel mana ubat2 yang doktor dah cancel dan tulis ubat baru yang doktor kasi...mudah saja....
Ok harap ini membantu anda untuk menjadi pesakit yang cerdik dan prihatin terhadap kesihatan anda sendiri....chiow...saya nk tido ni...esok oncall...sedey =(

Salam Pembuka Tirai
Sebagai seorang pengamal perubatan, saya rasa wajar utk berkongsi sedikit ilmu di dada ini bersama para pembaca hadirin sekalian. Tujuan sebenar blog ini ditubuhkan ialah demi menambah ilmu agar diri ini menjadi insan pengamal perubatan yang selamat dan memberi khidmat yang terbaik. Di samping itu, pembaca dapat berkongsi ilmu sekaligus menaikkan taraf pendidikan perubatan di kalangan orang biasa.
Saya cuba untuk memberi pengisian tentang perubatan yang terkini mengikut research-research yang dipaparkan didalam journal perubatan. Journal adalah didalam bahasa Inggeris yang akan saya terjemahkan ke dalam bahasa melayu.
Saya berharap blog ini diupdate from time to time supaya kite bersama-sama berkongsi agenda yang dikemukan. Dan semoga ianya memberi manfaat untuk anda semua.
p/s; bahasa saya gunakan agak formal. mungkin in the next chapter karangan saya akan menjadi kurang formal sedikit. harap maklum.

Subscribe to:
Posts (Atom)